Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya saya diberikan keupayaan dan kesempatan untuk menyusun dan menyediakan bahan-bahan berkaitan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran samada formal/tidak formal yang lebih efektif serta memenuhi tuntutan pembelajaran sepanjang hayat bagi setiap insan.
Semoga segala cetusan idea dan perkongsian ilmu melalui blog ini, sanisahjiman.blogspot.com dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَاداً لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَداً
“Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)”. (QS. Al-Kahfi : 109).
Begitulah perumpamaan ILMU SELURUH MANUSIA jika dibandingkan dengan ILMU ALLAH SWT bagaikan SETITIS AIR dibanding SELURUH SAMUDERA.
Hukamak ada menyatakan : “Penguasaan ILMU ada tiga tahap: Jika seorang memasuki tahap pertama, ia akan sombong. Jika ia memasuki tahap kedua ia akan tawadhu’. Dan jika ia memasuki tahap ketiga ia akan merasa dirinya tidak ada apa-apa”.
Justeru, gabungjalin ilmu Allah SWT di dalam lubuk hati dan pemikiran yang tinggi (menyedari hakikat Allah SWT) akan melahirkan insan yang memiliki keyakinan/keimanan, kebijaksanaan dan ketakwaan dalam membuat keputusan dan tindakan, Insya Allah.
Akhirnya lahirlah generasi ULUL ALBAB yang menjadi KHALIFAH yang sentiasa MENYERLAHKAN POTENSI DIRI meneruskan SURVIVAL TAMADUN UMMAH YANG RABBANI
Salam Hormat Dari Saya;
SANISAH HANIM BINTI JIMAN
PENSYARAH MARA
KOLEJ MARA KUALA NERANG
0 Comments