TRAVELOG MENCARI HIKMAH (MH) - (EPISOD 1)



TRAVELOG MENCARI HIKMAH (MH) - (EPISOD 1)
.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Limpahkanlah Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi kam,i Nabi Muhammad Rasulullah SAW, penghulu umat, ahli keluarga serta sekelian sahabat baginda,para tabi’in, para ulamak seterusnya orang-orang yang mengikuti jejak langkahBaginda SAW hingga hari kiamat.
Aku bersaksi bahawa Tidak ada Tuhan selain Allah dan 
Nabi Muhamamad SAW adalah Pesuruh Allah...
Syukur, Alhamdulillah dengan limpah Rahmat dan izin Allah s.w.t, akhirnya pada malam penghulu segala hari, hari Jumaat yang penuh rahmat dan barokah, dapat aku menitipkan langkah permulaan untuk menulis dalam dunia maya ini melalui kerjasama puteri sulungku yang menyediakan tapak blog ini.

Alhamdulillah ! dalam usia yang telah menjangkau hampir 45 tahun pada tahun ini (2014), terlalu banyak perkara yang perlu direnungkan dan dibuat penilaian semula. Usia adalah amanah dari pada Allah s.w.t. Ianya akan dihisab semula…peluang hidup di dunia dan peluang hidup di alam akhirat adalah ketentuan Allah s.w.t. yang aku perlu lalui. Untuk menyingkap segala rahsia dan hikmah kejadian yang ditentukan oleh Allah s.w.t , Tuhan yang Maha Sempurna, tidak terdaya olehku ….tersungkur sujud sebagai hamba….hanya air mata menjadi saksi rintihan kehambaan didepan Rabbul Jalil…..Ya Allah..kepadaMu aku kembali…

Persoalannya….”Bagaimana kedaaan aku ketika rohku kembali menemuiNya nanti….bagaimana persiapan untuk menjalani kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi….”. Persoalan-persoalan besar yang berlegar di benak hati dan pemikiran yang dangkal ini…. perlu direnung dan diperhalusi… Semoga pintu hikmah sentiasa terbuka untukku menikmati petunjuk (hidayah) Allah S.W.T.

Ilham yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. untuk menulis Travelog Mencari Hikmah(MH) ini… secara jujurnya ianya terhasil daripada tiga perkara besar yang berlaku dalam bulan yang sama….

PERTAMA, berminat mengikuti penghakiman kes liwat ke-2 Datuk Sri Anwar Ibrahim yang dibuat di mahkamah sivil. Permohonan untuk dibicarakan di mahkamah syariah ditolak sebab tiada klausa berkenaan. Sama-sama kita fikirkan secara jujur sebagai hamba Allah yang beriman dengan penuh keikhlasan. Tanggungjawab mewujudkan dan memperkasakan sistem perundangan Islam di negara ini. Persoalan yang perlu dijawab di hadapan Allah s.w.t nanti…(cuba elak daripada bias politik dalam isu ini walaupun amat sensitif untuk diperkatakan). Akhirnya.. Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Datuk Sri Anwar Ibrahim pada 7 Mac 2014 yang mendapat liputan meluas di media sosial.

KEDUA, pengamatan bersama ahli keluarga dan masyarakat yang amat bersimpati dengan trajedi misteri peristiwa Kehilangan MH370 yang menggemparkan dunia pada 8 Mac 2014. Semoga Allah s.w.t tempatkan krew dan penumpang pesawat yang Muslim bersama golongan orang yang soleh. Al-Fatihah.

KETIGA, Aku terkejut ..ketika meninjau facebook anak… terlihat dalam facebook pengarah filem Syamsul Yusof tag dan komen beliau yang cukup memberi keinsafan kepadaku… gambar Solat terakhir lebih 500 ahli Ikhanul Muslimin Mesir yang akan dijatuhkan hukuman mati. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!....RISALAH …Allah Tuhanku, Nabi Muhammad s.a.w. ikutanku, Al-Quran petunjukku dan Jihad jalanku …. Bukan sekadar ungkapan manis dibibir… tetapi perlu dibuktikan! Aku rindu untuk mengikuti jalan ini Ya Allah... syahid…mereka tidak mati…kita yang melihat dengan hati yang mati yang merasa takut untuk berjihad. Kadang-kadang…ujian-ujian yang aku lalui bila direnung… sebenarnya masih lagi terlalu kecil nilainya jika dibuat perbandingan secara relatif dengan tribulasi yang dihadapi para Rasul, para Nabi dan para ulamak yang mukhlis…
PERSOALAN BESAR BUAT DIRIKU…....
BAGAIMANA DENGAN NASIB AKU DI AKHIRAT KELAK???????
Ya Allah…aku takut Ya Allah… Aku akan tergolong dalam golongan mana …seperti yang terkandung di dalam Surah Al-Waqiah.. Golongan Muqarrabin ? Golongan Kanan ? atau Golongan Kiri… Peringatan dan keinsafan yang cukup menusuk qalbu…Ya Allah, akhirilah hidupku dengan kesudahan yang baik (husnul khatimah) dan bukannya kesudahan yang buruk (suul khatimah). Bangkitlah diri… yang selama ini masih “berselimut”….

Tulisan ini adalah sebagai tanda kasihku buat suami tercinta serta sebagai titipan kasih dari mama buat 5 puteriku yang dikasihi… agar sedikit sebanyak mereka dapat mengutip permata hikmah melalui membaca perjalananku dalam mencari Redha Ilahi…. Menyedari diri yang tidak ada pengalaman menulis, kerdil dalam segala-galanya , namun aku berazam untuk meneruskan usaha murni ini… dengan pertolongan dan izin Allah s.w.t . Alhamdulillah. Suami dan anak-anakturut memahamiku. Terima kasih di atas segala-galanya. Semoga perkongsian pintar di alam maya ini…dapat membawa kita bersama-sama mencari hikmah yang hakiki demi menuju Ridha Ilahi .

 SELAMAT MEMBACA!!!

Travelog:
 Mengenali Hakikat Diri/Insan Sebagai Hamba Allah s.w.t.

Sehingga kini tiada indikator saintifik untuk mengukur tahap keimanan , ketaqwaan dan keikhlasan ubudiah seseorang seperti mana mendapatkan darjah celcius yang dilakukan oleh doktor untuk mengukur suhu badan sipesakitnya. Tiada indikator canggih yang boleh dibuat oleh pendidik untuk mengukur sejauh mana tahap keikhlasan dan rasa ubudiah seorang pelajar muslim, walaupun terpampang di dalam keputusan peperiksaan telah memperoleh gred A+ (memperoleh markah lebih 90%) mengikut sistem penilaian pendidikan sekarang. Yang berjaya diukur hanya sekadar tahap pencapaiandomain kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Itupun tidak 100% tepat. Adakalanya terdapat bias di sana sini dalam membuat penilaian terhadap pelajar.

Mengimbau secara ringkas zaman persekolahanku... setelah direzekikan oleh Allah s.w.t. untuk meneruskan pengajian di MRSM Muar (Tingkatan 1-1982) Batch kami ditempatkan sementara bersama MRSM Taiping di MRSM Muar. Waktu itu, MRSM Balik Pulau dan MRSM Taiping underconstruction.MARA ambil pelajar dulu walaupun MRSM tak siap sepenuhnya. Waktu assembly... kami duduk atas lantai sebab tak cukup kerusi dan tak muat dewan. Really respect pengurusan MARA untuk mengubah nasib anak bangsa... Aku budak kampung ulu...yang hanya memperoleh Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (waktu itu) 3A 1B 1C. Alhamdulillah aku dipertemukan dengan sahabat yang bernama Latinah binti Mohamed, orang Selangor. Dia budak pandai...Sekarang beliau bertugas sebagai doktor di Hospital Kajang. Satu perkara yang aku ingat sampai sekarang ialah... dia menulis di setiap buku di mukasurat prakata buku miliknya dengan perkataan "Niat Kerana Allah". Aku banyak terikut-ikut dia untuk solat berjemaah di surau asrama dengan dipimpin oleh kakak-kakak senior. Alhamdulillah, masuk tingkatan 2, aku diberi hidayah untuk menutup aurat. Aku masih ingat lagi, aku mendapat ucapan tahniah daripada Ustazah Che Som. Terima kasih ustazah... Pada tahun 1984 (kami dah Tingkatan 3), MRSM Balik Pulau 90% siap, kami perlu berpindah ke maktab kami yang septutnya... Kakak-kakak senior pesan.. "Jaga diri dan jaga adik-adik bila jadi pioneer batch MRSM Balik Pulau nanti..Hidupkan surau...".

Pencarian ilmu terus berlalu... sehinggalah ditaqdirkan Allah s.w.t. ibu tercinta telah kembali ke rahmatullah pada 12.12.1984 semasa cuti semester. Keputusan peperiksaan SRP ketika itu belum diumumkan lagi. Mulai saat itu, aku benar-benar tersentak... Ya Allah! mak aku dah tak ada.... aku tak sempat nak balas jasanya. Pada saat itu, kakak aku Hasnah banyak memberi sokongan emosi. Ketika itu, Kak Hasnah sedang menuntut di Pusat Matrikulasi UKM. Nasihat dan dorongannya membuat aku terus tabah dengan ujian. Alhamdulillah, aku dapat 8 agregat dalam SRP dan akan meneruskan pengajian ke Tingkatan 4.

"Baca Al-Quran setiap kali lepas sembahyang dan sedekah untuk arwah mak" pesan Kak Hasnah sewaktu memberi senaskah Al-Quran terjemahan yang dibelinya menggunakan wang biasiswanya untukku bawa balik ke asrama.Pesan Kak Hasnah aku akur...Ditaqdirkan aku bersama Latinah dan 2 orang kawanperempuan yang lain (Zuraini Eusope dan Zahurin Ismail) telah terpilih untuk menikuti program Nadwah Islamiyyah Sekolah-sekolah Asrama Penuh SeMalaysia di Kolej Islam Kelang. Terima kasih Ustaz Basir bin Ludin yang menjadi guru pengiring kami. Ustaz Basir adalah Homeroom Adviser aku.

Balik dariapa program itulah.... seolah-olah ada sinar baru untuk aku memulakan langkah penghijrahanku..Syukur, alhamdulillah. Kak Hasnah dan sahabatku Latinah memberi sokongan untuk aku memakai tudung labuh. Mereka juga bertudung labuh.......Langkah penghijrahan ini disambut oleh 3 orang guruku yang juga guru asrama kami. Alhamdulillah. Program usrah mula-mula dibuat untuk kami berempat dan beransur-ansur bilangannya kian bertambah.

Aku mula menghayati istilah "Dari mana kita datang, Untuk apa dijadikan dan Kemana selepas ini", setelah aku mengikuti program Usrah yang dibuat secara ikhlas oleh 3 orang guruku (Cikgu Halimaton, -cikgu Kimia, Cikgu Nik Rahimah - cikgu Fizik dan Cikgu Hamidah - cikgu Matematik) ketika aku Tingkatan 4 di MRSM Balik Pulau (1985). Sehingga kini, terpahat di hati.... syukur dan terharu... Sesungguhnya Allah s.w.t. mengasihiku dengan dipertemukan aku dengan mereka... Terima kasih tidak terhingga buat cikgu tercinta. Barokallah dan didoakan kita terus di dalam rahmat dan redhaNya di dunia dan akhirat. Tidak lupa juga buat kaunselor kami, Cikgu Nadia Elias, sekarang  Dr. Nadia Eiias, pensyarah UUM, turut menyapa aku sewaktu aku menemai kawan aku, Syarifah Mazwin berjumpa beliau (tak ingat atas urusan apa) sebelum nak meninggalkan MRSM Balik Pulau....."Kamu dah nak habis kat sini.... kamu tau tak Al-Ma'thurat.... saya jawab...."Ya"....tanpa teragak-agak. "Kalau gitu jangan lupa baca pagi dan petang". Aku jawab, "Baik cikgu, Insya-Allah!"....

Misi diteruskan ketika di Maktab Sains MARA Kuantan, Bukit Sekilau, Pahang ketika mengikuti Intensive English Course selepas peperiksaan SPM. Terima kasih kepada seorang pensyarah Bahasa Inggeris yang masih segar nasihatnya "If you face any kind of problems turn to Allah for help and don't polluted your mind by reading love story book"....... Astaghfirullah...lupa nama, tapi ingat paras rupa...manis, sopan, tudung labuh dan berjubah...balik dari US.

Result SPM keluar, aku meneruskan misi berikutnya di Pusat Matrikulasi MARA Kulim (sekarang Kolej MARA Kulim)mengikuti Matrikulasi UUM. Frust menunggeng sebab tak dapat sambung buat medic di USM. Masa interview, interviewer tu tanya,nak tak buat medic di UKM kalau tak dapat USM. Aku jawab dengan penuh yakin...tak mahu. Mungkin tak dapat bimbingan untuk interview....pendek kata tak ada rezeki. Aku juga ada apply ke UM ambil dentistry.... dapat offer letter..tapi reply selepas tarikh tutup....surat terperapdi dalam PO box rumah quaterss Kak Mariah di TUDM Subang. Cuba semak di UM, alhamdulillah nama ada. Officer tu cakap, jika dah dapat offer dari UPU, automatik, UM tak hantar offer letter. Kak Hasnah tetap teguh di sisi memberi support dan memberi kata-kata hikmah untuk aku terus belajar di Matrikulasi UUM.

Di Pusat Matrikulasi MARA Kulim..... aku terus dipertemukan dengan sahabat-sahabat seperjuangan dari MRSM seluruh Malaysia. Alhamdulillah..terus istiqomah dengan aktiviti usrah yang lebih mantap dan tersusun. Terima kasih Ustaz IBrahim (Guru Mentor), Ustaz Sabri, Ustaz Ismail dan Ustaz Zainuddin. Banyak aku belajar erti hakikat insan dan kehidupan. Di sini aku mula berminat untuk menghafaz surah-surah lazim. Sebelum ni aku baca surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas dalam solat(jika solat bersendirian). Sebab 2 surah tu je yang Ustazah sekolah rendah suruh hafal masa belajar sembahyang masa sekolah rendah dulu... Kelakar...Nasihat akhir dari Ustaz Ibrahim... "Tiada nasihat yang lebh baik ustaz boleh beri, melainkan seperti Nasihat Luqman kepada anaknya..... dia minta kami hafal surah Luqman ayat 13 - 19. Surah ini pula aku terus sampaikan kepada anak-anak muridku semasa program Mentor Mentee dan Bimbingan Puteri. Semoga ianya dikira amal soleh yang berpanjangan kan Ustaz....

Misi diteruskan di UUM (buat BBA (1993) dan MBA Finance (2009), dan UTM (buat Diploma Pendidikan 1997). Kehidupan di kampus sangat indah. Mematangkan seorang insan yang dahagakan ilmu dan and searching the truth. Jika itu yang di cari..."Niat Kerana Allah" seperti yang tertulis dalam buku Latinah yang saya cerita tadi , Insya Allah....Allah akan berikan hidayah epada hambaNya yang dikasihi.

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membuka mata hati dan aqal yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada kita untuk menerima hakikat kekuasaan Allah s.w.t. dan menyedari hakikat insan.Inilah rumusan mudah yang boleh diperkatakan mengikut tahap kefahaman diriku yang kerdil di sisiNya.

"Ciri manusia yang soleh itu ialah berilmu, beriman, beramal soleh dan bertaqwa kepada Allah"... terngiang-ngiang pesanan seorang Ustazah semasa mengikuti tamrin semasa di UUM. "Tingkat manusia itu bagi orang Islam ialah, Muslim, Mukmin, Muttaqin dan Muqarrabin". Itulah bait-bait yang disampaikann sebagai peringatan kepada kami untuk menghadapi alam pekerjaan selepas melalui alam kampus yang amat indah dan bermakna. Menuntut ilmu cukup indah, walau pun melalui jalan yang sukar. 

Begitulah secara ringkas nostalgia misi mencari hikmah (MH) ketika aku melalui sistem pendidikan MRSM dan Universiti...

Syukur kehadrat Ilahi dipertemukan jodoh dengan SUAMI TERCINTA. 
Misi membina Rumahtangga Muslim dan Rumahtangga Dakwah adalah
 AMANAH dari Allah SWT. 

HANYA KEPADAMU KAMI MOHON PERTOLONGAN DAN KEKUATAN... 
HANYA KEPADAMU KAMI MOHON TAUFIQ DAN HIDAYAH ...
HANYA KEPADAMU KAMI TAWAKKAL YA ALLAH.... 
SYUKUR....ALHAMDULILLAH,  dikurniakan 5 NUR PUTERI, termasuk sepasang kembar......kesulitan dan kepayahan adalah lumrah kehidupan..... tapi bestnya rasa bila semuanya kini telah menjadi teman dan penyeri keluarga...
BAITI JANNATI... MAWADDAH WARAHMAH...ALHAMDULILLAH...

Misi Mencari Hikmah (MH), Insya-Allah akan diteruskan
 bersama-sama suami dan anak-anak tercinta...

MISI UBUDIYAH sebagai HAMBA DITERUSKAN DENGAN IZINNYA JUA.
 SABAR dan SYUKUR DIGABUNGJALINKAN dalam melayari bahtera rumahtangga. 
Dengan berbekalkan ILMU, IMAN, AMAL & TAQWA SERTA HIDAYAHNYA .... memberi kekuatan yang hakiki untuk meneruskan misi suci INI. Insya-Allah usaha untuk melahirkan generasi rabbani/ulul-albab yang akan memikul amanah sebagai khalifah yang memiliki pemikiran dan strategi yang holistik demi mencari Redha Ilahi dapat direalisasi...
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu-bapa kami. Kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihi kami semasa kami kecil dahulu. Ya Allah. ampuilah dosa guru-guru kami. Berkatilah mereka yang telah mendidik kami.Ya Allah, ampunilah dosa-dosa nenek moyang kami, kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat samada yang masih hidup mahupun yang telah kembali kepadaMu"
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Kurniakanlah kami sekeluarga iman yang benar, hati yang bersih, kecerdikan dan aqal yang tinggi, kesihatan yang elok, akhlak yang terpuji dan kejayaan yang besar semata-mata mendapat RedhaMU di dunia dan akhirat". 
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Buangkanlah segala sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri kami dan Engkau gantikanlah dengan segala sifat-sifat mahmudah Ya Allah. Ya Allah, hindarilah kami sekeluarga daripada bahaya fitnah dajjal, jin dan manusia. Ya Allah, Engkau angkatkanlah darjat kami sekeluarga disisi Mu Ya Allah. Himpunkanlah kami dalam golongan Muqarrabin di akhirat kelak"
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Redhailah Allah Tuhan kami,
 Nabi Muhammad s.a.w. Rasul kami, dan
 Islam itu Cara Hidup kami"
Ya Ilahi, Engkaulah Maksud kami dan RidhaMU Matlamat kami
Ameen Ya Allah, Ameen Ya Rahman, Ameen Ya Rahim".

BERPEGANG TEGUH KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH,
 INSYA ALLAH MISI MENCARI HIKMAH(MH) TIDAK PUNAH....

Insya-Allah...jumpa lagi ...
 Catatan percubaan dan permulaan...
Semoga usaha kerdil ini mendapat keredhaan Allah s.w.t... 
Sekian, Wassalam.
#########################
AL-FATIHAH : BUAT ARWAH IBU & AYAH TERCINTA
SEMOGA ROH MEREKA DAMAI DI SANA... AMINZ
Zikir Asmaul Husna,
Zikir
ketika mengikuti Nadwah Islamiyah 
Sekolah-sekolah Berasrama Penuh di Kolej Islam Kelang (1985)...


Nasyid favourite semasa sambung Dip Ed 
di UTM (1994 -1997) 
"Antara Dua Cinta..."
"Sifat Mahmudah"....
Nasyid kesukaan suami...
"Isteri Cerdik Yang Solehah.."
Sempat melihat persembahan Nasyid Rabbani di UUM bersama suami dan 2 orang anak kecil..
"Hanzalah Pergi ke Medan Jihad.."
Salam Ukhuwwahfillah buat para sahabat dan anak didikku...
Semoga ukhuwwah kekal abadi ... 
Semoga kita tetap terus ISTIQOMAH di jalanNya...Amin.
Buat KEKASIH ALLAH...Nabi Muhammad SAW...
SURAH AL-FAJR...




SALAM HORMAT DARI SAYA...

Post a Comment

2 Comments

  1. MAMA,MAMA EJA SALAH LA DARIPADA. TAPI ADIK SUKA.MAMA JANGAN LAGI DAPAT 3A 1B 1C HE...HE...HE...

    ReplyDelete