TRAVELOG MENCARI HIKMAH (MH) - (EPISOD 2)
Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi .. Allah SWT masih
mengizinkan diriku yang serba kerdil ini untuk meneruskan kehidupan dibumi ini.
Masya Allah… usiaku telah hampir
memasuki separuh abad, 50 tahun, (1969 – 2019). Satu usia yang cukup
bermakna. Masa, usia dan kehidupan…..segala-galanya
adalah kurniaan Allah SWT yang wajib disyukuri dan akan dipertanggungjawabkan…
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Ya Allah, Ampunilah segala
dosa-dosaku dan ampunilah segala dosa-dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah
mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil dahulu..Amin
CATATAN TRAVELOG MENCARI HIKMAH (MH) – (EPISOD 1) .. KIRA-KIRA
5 TAHUN YANG LALU, ADALAH CATATAN YANG TERTANGGUH SEHINGGA KE HARI INI.
Subhanallah…Ujian yang sedikit
sebagai suntikan manja dari Allah SWT buat kami sekeluarga adalah ketentuan
takdirNya, juga merupakan tarbiyyah ruhiyyah dariNya buat kami sekeluarga dalam
memperolehi RedhaNya. Allahu Akbar!!!
Sesungguhnya setiap yang berlaku
adalah dengan izinNya Yang Maha Berkuasa. Status hamba adalah kekal dan
sentiasa bergantung kepada Allah SWT, Pencipta Yang Maha Esa untuk
selama-lamanya sehingga ruhku bertemuNya kembali.
Air mata kudus menyaksikan …tidak
tergambar dengan kata-kata..lemah dan kerdilnya diri ini.
Pelbagai peristiwa yang berlaku
dalam tempoh 2014 – 2018. Pelbagai yang dapat dipelajari dalam tempoh ini. Jika
belajar di universiti… insyaAllah cukup tempoh untuk diijazahkan dalam bidang
masing-masing. Jika belajar di pondok…insyaAllah pelbagai kitab dapat
diijazahkan daripada Tuan Guru…Hasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran juga terpaksan ditangguhkan. Namun...perjuangan perlu diteruskan kerana pelbagai saluran untuk kita terus menyumbang. Semoga ilham yang dikurnikan Allah SWT untuk menulis di blog ini akan terus istiqomah demi cintakan IlMUNYA YANG TIADA NOKTAH DAN TIADA SEMPADAN. MASYA ALLAH.!!!
Namun.. pembelajaran melalui
permasaalahan kehidupan di “University of Life” , tidak dapat dinafikan amat
bermakna dan membuka pintu hati dan minda untuk merasai hakikat status hamba
dan hakikat kudrah Allah SWT Yang Maha Esa.
Hikmahnya….tiada jalan mudah dan
tiada jalan singkat untuk merasai kelazatan iman, menzahirkan ketaqwaan dan
keikhlasan ubudiyah kepada Allah SWT. Begitulah aturan kehidupan di dunia buat
kita yang bergelar makhluk..MANUSIA.
Hanya berbekalkan petunjuk Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai
penyelamat hakiki yang kekal abadi.
YA
ALLAH ! TUNJUKI DAN PIMPINILAH KAMI…
Ya Allah !
Tunjuki
dan pimpinilah kami
MengenaliMu,
dan
Mengenali
Nabi Muhammad Rasululllah SAW,
Ya Allah !
Tunjuki
dan pimpinilah kami
MengasihiMu
dan
Mengasihi
Nabi Muhammad Rasulullah SAW,
Ya Allah !
Tunjuki
dan pimpinilah kami
Mentaati
segala perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu,
Mengikuti segala sunnah Nabi Muhammad
Rasulullah SAW,
Ya Allah !
Tunjuki
dan pimpinilah kami
Mensyukuri
serta menikmatai segala nikmatMu
Khususnya nikmat
Iman, Islam dan Ihsan
Ya Allah !
Tunjuki
dan pimpinal kami
Untuk
membezakan perkara yang haq dengan perkara yang batil,
Melaksanakan
yang haq dan meninggalkan yang batil
Ya Allah !
Tunjuki
dan pimpinilah kami
Menjadi hambaMu yang memperolehi redhaMu di
dunia dan akhirat
Ya Allah !
Tunjuki
dan pimpinalah kami
Ikhlas
dalam ubudiyah kepadaMu
Hidup dan
mati kami dalam redhoMu
Ya Allah !
Ampunilah segala dosa-dosa kami
Akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah
Ya Allah !
Ampunilah segala dosa-dosa kami
Akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah
Ya Allah !
Dengan
RahmatMu,
Pertemukan
kami di akhirat nanti untuk kembali bersama
Arwah ibubapa
kami, ahli keluarga kami, sanak saudaramara kami,
Guru-guru
kami, Sahabat-sahabat kami, Anak-anak murid kami, orang-orang yang soleh,
Para wali Allah & Syuhada',
Para Anbiya', Para Sahabat Rasulullah SAW, Para Ahli keluarga Baginda Rasulullah SAW
Para wali Allah & Syuhada',
Para Anbiya', Para Sahabat Rasulullah SAW, Para Ahli keluarga Baginda Rasulullah SAW
Ya Allah !
Dengan RahmatMu
Pertemukan
kami di akhirat nanti
Nabi
Muhammad Rasulullah SAW dan Menatap WajahMu Rabbul Jalil
Amin Ya Allah ! Amin Ya Rahman ! Amin Ya Rahim !
Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin
**************
IKUTI KULIAH BERSAMA GURU-GURU MURSYID BERIKUT:
VIDEO 1:
TUAN GURU BABA KHAIRUL ANWAR
VIDEO 2:
TUAN GURU DR. JAHID SIDEK
VIDEO 4:
VIDEO 5:
DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
VIDEO 6:
SYEIKH MUSTAFFA KAMAL BIN HAMZAH
VIDEO 8:
PROF DR KH NASARUDDIN UMAR
BUAT SUAMI DAN ANAK-ANAK TERSAYANG,
SYUKUR KE HADRAT ILAHI
DIKURNIAKAN KEHADIRAN KALIAN DALAM HIDUP INI
SEMOGA KITA SEKELUARGA
SENTIASA
DALAM TAUFIQ DAN HIDAYAHNYA,
DALAM KASIH SAYANG DAN RAHMATNYA,
DALAM KEAMPUNAN, KETAQWAAN DAN KEREDHAAN NYA
MELALUI PERJALANAN FASA HAKIKAT KEHIDUPAN
SUDAH PASTI KITA AKAN MELALUI GELOMBANG UJIAN
YAKINLAH DENGAN SEBENAR-BENAR YAKIN
BERGANTUNGLAH SEPENUHNYA KEPADA ALLAH SWT
BERPEGANG TEGUHLAH DENGAN PETUNJUKNYA
AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW
DAN JANGAN SEKALI-KALI MENSYIRIKKANNYA DALAM APA BENTUK SEKALIPUN
INSYA ALLAH, AKAN BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA
BUAT SUAMI DAN ANAK-ANAK TERSAYANG !!!
Amin Ya Allah ! Amin Ya Rahman ! Amin Ya Rahim !
Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin
**************
IKUTI KULIAH BERSAMA GURU-GURU MURSYID BERIKUT:
VIDEO 1:
TUAN GURU BABA KHAIRUL ANWAR
TUAN GURU DR. JAHID SIDEK
VIDEO 3:
USTAZ JOHARI MAT SOM
UST. AHMAD ROZAINI
VIDEO 5:
DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
SYEIKH MUSTAFFA KAMAL BIN HAMZAH
VIDEO 7:
KH MUHAMMAD BAKHIET
PROF DR KH NASARUDDIN UMAR
BUAT SUAMI DAN ANAK-ANAK TERSAYANG,
SYUKUR KE HADRAT ILAHI
DIKURNIAKAN KEHADIRAN KALIAN DALAM HIDUP INI
SEMOGA KITA SEKELUARGA
SENTIASA
DALAM TAUFIQ DAN HIDAYAHNYA,
DALAM KASIH SAYANG DAN RAHMATNYA,
DALAM KEAMPUNAN, KETAQWAAN DAN KEREDHAAN NYA
MELALUI PERJALANAN FASA HAKIKAT KEHIDUPAN
SUDAH PASTI KITA AKAN MELALUI GELOMBANG UJIAN
YAKINLAH DENGAN SEBENAR-BENAR YAKIN
BERGANTUNGLAH SEPENUHNYA KEPADA ALLAH SWT
BERPEGANG TEGUHLAH DENGAN PETUNJUKNYA
AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW
DAN JANGAN SEKALI-KALI MENSYIRIKKANNYA DALAM APA BENTUK SEKALIPUN
INSYA ALLAH, AKAN BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA
BUAT SUAMI DAN ANAK-ANAK TERSAYANG !!!
0 Comments