Islam merupakan satu-satunya agama yang syamil (menyeluruh) dan kamil (sempurna). Agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhamad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Allah SWT (Al-Khaliq), hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan manusia yang lain yang tercakup dalam hukum-hukum (muamalah dan uqubat).
Allah swt berfirman :
“Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.”
(QS. al-An’aam: 153)
Dalam hal ini, Islam telah berhasil membangun sebuah sistem kehidupan yang menjamin keperluan setiap individu di samping memberi kesempatan kepada individu masyarakat tersebut untuk menikmati hak-hak dan keperluan lain sehingga mereka dapat mencapai kehidupan yang baik dan sejahtera. Begitulah betapa indahnya Islam mengatur kehidupan manusia dengan penuh kesempurnaan hasil ciptaan Al-Khaliq yang Maha Mendalam PengetahuanNya tentang sesuatu perkara tanpa ada cacat cela dalam sistem peraturanNya.
MaaSyaaAllah, Allahu Akbar.
MANUSIA DALAM PERSPSEKTIF AGAMA ISLAM
Konsep Insan Dari Perspektif Islam
Konsep Insan Menurut Worldview Islam
DAPATKAN BUKU : MANUSIA DAN ISLAM
yang ditulis oleh Allahyarham Prof. Dr. Haron Din
Manusia sebagai khalifah bertanggungjawab menanggung amanah yang diberikan oleh Allah S.W.T. iaitu menegakkan agama Islam di muka bumi. Tanggungjawab ini tidak mungkin dapat kita laksanakan tanpa ilmu yang mendalam. Kita perlu mengetahui bagaimana cara menunaikan amanah itu. Apakah yang terjadi sekiranya amanah itu tidak ditunaikan. Apakah ganjaran dan balasan pula kepada orang yang melaksanakannya.
Salah faham terhadap Islam berpunca daripada kedangkalan ilmu teras Islam dan penafsiran Islam yang tidak mengikut paradigma, dasar dan falsafah, ilmu dan nilai Islam secara menyeluruh serta sistematik. Akibatnya, masing-masing membuat kesimpulan yang bertentangan dan membawa kepada pencerahan antara umat Islam itu sendiri. Maka, cita-cita bagi mewujudkan satu umat yang saksama, unggul dan menjadi ikutan hanya tinggal cita-cita dan angan-angan.
Bagi menjawab segala kekeliruan, buku ini disusun dengan lengkap dan mudah melalui peringkat demi peringkat, dan bahagian demi bahagian bagi memudahkan kita memahami perkara-perkara asas daripada aspek Manusia dan Islam.
Antara kandungan menarik dalam buku ini:
Bahagian 1:
-Memberikan pelbagai ilmu dan tafsiran asas agama Islam dan kehidupan masyarakat Islam dari aspek manusia dan agama, manusia sebagai hamba Allah S.W.T., manusia dan kepercayaan, serta manusia dan peribadatan.
Bahagian 2:
-Memberikan pelbagai ilmu dan tafsiran asas agama Islam dan kehidupan masyarakat Islam dari aspek manusia dan moral, manusia dan masyarakat, kewajipan mendirikan masyarakat Islam, asas pembentukan masyarakat Islam, bidang undang-undang Islam, manusia dan jihad, serta konsep kebebasan dan perhambaan.
Bahagian 3:
- Memberikan pelbagai ilmu dan tafsiran asas agama Islam dan kehidupan masyarakat Islam dari aspek Islam dan kemiskinan, muamalat, riba, hak-hak asasi manusia dalam Islam, hakikat kejadian Islam, agama secara umum serta perbincangan Islam secara khusus.
Salam Perjuangan;
Sanisah Hanim Jiman
0 Comments