MALAYSIA NEGARA AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH : SATU PENEGASAN

 


Sejak sekian lama Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang berteraskan dasar Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Aqidah, syariah dan akhlak ummah sentiasa dipelihara agar selari dengan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam dasar tersebut. Dasar ini jelas termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan. Manakala tafsiran ‘Islam’ dalam perlembagaan telah diperincikan lagi menerusi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-8 yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang antara lain juga telah memutuskan seperti berikut:

a) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

b) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Manakala Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah telah memutuskan bahawa:

i. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak

ii. Memperakukan pindaan kepada semua Undang-undang Negeri yang berhubung dengan hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-undang Isam” seperti berikut:

“Hukum syarak” atau “Undang-undang Islam” ertinya Undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak”

iii. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang

iv. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada Undang-undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja

v. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem video dan lain-lain bebrhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan

Dalam Mesyuarat Panel Pakar Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertarikh 
28 Disember 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi, panel telah memutuskan bahawa definisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah:

“Golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW menerusi para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in yang setia bersama mereka dalam prinsip-prinsip aqidah, syariah dan akhlak”.

AL-BAYAN SIRI 6: MALAYSIA NEGARA AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH : SATU PENEGASAN

" BERPEGANG KEPADA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH "

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DALAM KONTEKS ALAM MELAYU

Sejarah Kemunculan Teori dan Perkembangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia - ISLAMI



Sekian, Wassalam.


Post a Comment

0 Comments