MyDIGITAL MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI


 Pelancaran MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia menunjukkan kesungguhan dan iltizam kerajaan memandang serius kepentingan teknologi digital dalam proses pembangunan negara secara keseluruhannya. Pada hakikatnya, letusan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) memaksa setiap negara mengubah cara dan kaedah operasi semua sektor daripada konvensional kepada berpaksikan teknologi. Oleh sebab itu, pertumbuhan ekonomi dan kelangsungan hidup masyarakat kini banyak ditentukan oleh kemajuan dan kemampuan teknologi semasa.

Pada dasarnya, empat sektor utama negara meliputi pertanian, pembinaan, pengeluaran dan perkhidmatan dijankgka menerima manfaat daripada rangkaian usaha pembangunan ekonomi digital. Malah, kesan limpah susulan daripada corak pembangunan itu akan diperluas merangkumi 10 subsektor perkhidmatan, iaitu pendidikan, penjagaan kesihatan, pelancongan, perkhidmatan profesional, seni, hiburan dan rekreasi, pengangkutan dan logistik, perdagangan borong dan runcit, kewangan dan insurans, makanan dan minuman, serta teknologi maklumat dan komunikasi.
















MyDIGITAL kini dilihat sebagai pemangkin penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara ke arah mencapai sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 dan bakal menjadi inisiatif untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang berpandukan kepada pendigitalan dengan tumpuan kepada rakyat, perniagaan dan kerajaan. Pada akhirnya, negara dapat memanfaatkan sepenuhnya ekonomi digital sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKM 2030) bagi Pembangunan Mampan dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Oleh hal yang demikian, seluruh masyarakat perlu bersedia dari segi mental dan fizikal supaya cekal mendepani peralihan ekonomi digital yang sedang berlaku. Dalam hal ini, kita harus bersedia menghadapi dan mengharungi gelombang dunia digital dengan penuh bertanggungjawab tatkala merebut manfaat teknologi. Semoga My DIGITAL dapat melakar naratif baharu dalam menca[pai hasrat kerajaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

Sekian, Terima Kasih.


Post a Comment

0 Comments