PEKERJAAN DI BAWAH POTENSI SEBENAR (UNDEREMPLOYMENT)


Jumlah graduan yang bekerja di bawah kelayakan akademik telah meningkat 22% kepada 1.89 juta orang pada suku keempat 2020 berbanding suku keempat 2019 menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Angka terbaru ini menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 346,000 graduan yang dianggap sebagai underemployed ( Guna Tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran ) berbanding setahun yang lalu. Apakah itu underemployment ataupun guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran?

Underemployment merupakan keadaan dimana pekerja tersebut mempunyai pendidikan tertiari seperti diploma ataupun ijazah namun bekerja di dalam pekerjaan berkategori separuh mahir ataupun berkemahiran rendah.
Sebagai contoh, seorang pemegang ijazah sarjana muda yang bekerja sebagai juruwang di kedai serbaneka ataupun seorang juruterbang yang bekerja sebagai penghantar makanan. Golongan ini dikategorikan oleh Jabatan Perangkaan sebagai underemployed.

Ini bermaksud segala bakat, ilmu dan potensi yang diraih oleh graduan tersebut ketika melanjutkan pelajaran tidak digunakan secara optimum ketika mereka memasuki pasaran buruh. Perkara ini telah menjadi semakin teruk apabila ribuan pekerja seperti jurutera, juruterbang dan sebagainya telah diberhentikan akibat pandemik Covid-19.

Terdapat 894,000 individu berusia di dalam lingkungan 25 tahun hingga 34 tahun berada di kategori underemployed diikuti mereka yang berusia 35 hingga 44 tahun iaitu seramai 445,200 orang.
























Salam Hormat:
Sanisah Hanim Jiman 

Post a Comment

0 Comments