TRAVELOG MENCARI HIKMAH(MH) - (EPISOD 4)




15 FEBRUARI 2020
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
 Selawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW,
 Ahli Keluarga serta Para Sahabat Baginda.

Syukur, Alhamdulillah ... pejam celik , pejam celik sedar-sedar rumahtangga yang dibina telah menjangkaui usia 23 tahun... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar !

'SAMBUTAN  ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 23"
(15 FEBRUARI 1997 - 15 FEBRUARI 2020)

Mengimbau kembali perasaan, kesediaan dan harapan sebelum perkahwinan....Aku mentah ketika itu, makum ajelah ..maklumat tidak dihujung jari seperti anak-anak zaman sekarang. Naif sangat...maklumat berkaitan perkahwinan hanya diperolehi daripada sembang-sembang dengan rakan-rakan sepengajian, pengamatan kehidupan berumahtangga kakak-kakak dan abang-abang, menyertai beberapa kursus pra perkahwinan serta bahan bacaan daripada buku-buku di pasaran ketika itu yang hanya boleh dibilang dengan jari. Namun, fitrah untuk berumahtangga tetap berputik di dalam hati...
Sepanjang bertamrin bersama-sama rakan jamaah di rumah-rumah ustaz ketika di universiti dahulu ... di situ bermulanya pengamatan dan terbukanya pemikiran bahawa:
"Perkahwinan adalah satu ikatan cinta yang suci serta memerlukan kesatuan fikrah dalam usaha melahirkan generasi rabbani bagi memikul amanah Allah SWT dan meneruskan  risalah dakwah yang dibawa oleh Junjungan Nabi Muhammad SAW'. 

Subhanallah....Alhamdulillah...Allahu Akbar! tanggal 15 Februari 1997 (bersamaan 7 Syawal....) dengan sekali lafaz, kami suami isteri telah diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah.

Sesungguhnya, menempuh perjalanan hidup berumahtangga adalah cukup unik, cukup indah  serta perlu melalui pelbagai tribulasi... sarat dengan hikmah dan rahsia Allah SWT!!!

Pokok pangkalnya.....
sejauhmana pasangan dan zuriat yang dilahirkan itu berpegang teguh kepada AD-DEEN yang HAQ, memiliki KEIMANAN YANG KENTAL serta BERGANTUNG SEPENUHNYA kepada ALLAH SWT dalam setiap hela nafas turun naik serta meneladani keperibadian RASULULLAH SAW dalam  kehidupan seharian....
YAQINLAH...bahawa insyaAllah, akan terpancar jua akhirnya
"BAITI JANNATI, MAWADDAH WA RAHMAH"
dalam keluarga kita....

Namun... ianya adalah satu perjalanan yang berterusan mengikut ruang dan peluang yang ditentukan  mengikut ketentuan takdirNya buat kita...Allahu Akbar ! Walllahua'lam.

YAQINLAH...
BERGANTUNGLAH SEPENUHNYA KEPADA ALLAH SWT DALAM SETIAP HELA NAFAS KITA ..SESUNGGUHNYA ALLAH SWT, TUHAN MAHA PENCIPTA YANG MEMILIKI  ALAM BUANA DAN SEGALA ISINYA, MEMILIKI SEGALA SIFAT YANG MAHA SEMPURNA..MAHA PEMBERI KURNIA RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA KEPADA SETIAP MAKHLUK CIPTAANNYA...ALLAHU AKBAR!
IKUTILAH SEGALA SUNNAH RASULULLAH SAW  SEBAGAI IKUTAN....


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim !

Kami lemah....
Kami sentiasa mengharapkan pertolongan Mu Ya Allah !
Kami sentiasa mengharapkan petunjuk dan hidayahMu Ya Allah !

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim !

Kami lalai...Kami yang menzalimi diri kami sendiri Ya Allah !
Ampunilah kami...Ya Allah !

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim !

Bantulah kami dalam melunasi amanah yang dipertanggngjawabkan ke atas kami....
1. Amanah terhadap pasangan kami...
2. Amanah terhadap anak-anak kami...
3. Amanah terhadap kerjaya kami...
4. Amanah terhadap masyarakat dan Ummah....
5. Amanah terhadap Agama kami....

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim !

Dengan berkat fathilat Surah Al-Fatihah ... Kalam Suci Mu ...
Berkati dan Redhailah kami sekeluarga serta zuriat keturunan kami Ya Allah !

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim !

Kurniakanlah kepada kami serta zuriat keturunan kami...
Iman yang benar...
Hati yang bersih...
Kecerdikan dan aqal yang tinggi...
Hikmah dan kebijaksanaan
Kesihatan yang elok
Akhlak yang terpuji
Kebaikan dan kejayaan di dunia dan akhirat
Serta dapat menatap WajahMu di Syurga yang abadi...

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim !

Hiasilah kehidupan kami  dan Akhirilah  hayat kami dengan kalimah suci ..
"LAILA HAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH"

Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim

RUMAH TANGGA SAKINAH 
KELUARGA SAKINAH MENUJU JANNAH

BAITI JANNATI

BAAROKALLAH -MAHER ZAIN



5 TIPS MENJAGA RUMAHTANGGA DAN PERKAHWINAN

LOVE, MARRIAGE AND RELATIONSHIPS IN ISLAM: ALL YOUR QUESTIONS ANSWERED


Salam Kasih Sayang Yang Berpanjangan 
Buat Suami dan Anak- anak Tercinta!!!
Semoga Kita Sentiasa Dalam Petunjuk, Rahmat & Kasih Sayang dan RedhaNya.......Amin.
Jumaat: 14 Februari 2020

Post a Comment

1 Comments

  1. I LOVE MUMMY AND DADDY AND I LOVE MY FAMILY 👪 ❤ 💕 💓 💙 💗 👪

    ReplyDelete