"MALAYSIA TANAH AIRKU"
"Malaysia oh tanah air ku
Tanah tempat tumpah darah ku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku puja sepanjang masa
Sawah mu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukit mu lurusnya terbentang
Tak jemu mata ku memandang
Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah air ku"
2. Kerajaan Malaysia
3. SPB Yang Di-Pertuan Agong
4. Perdana Menteri Malaysia
5. Merdeka - Hari Kemerdekaan Malaysia
Merdeka _ Malaysia Independence Day
ISU SEMASA :
1. Apakah Malaysia baharu ini bermakna?
2. What does new Malaysia mean?
3. Jangan serah masa depan negara kepada ekstremis kaum, agama: Sultan Nazrin
IPOH, 20 Ogos 2019 (Selasa): Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan supaya masa hadapan rakyat dan negara ini tidak harus diserahkan kepada kumpulan yang membawa fahaman ekstremis kaum dan agama.
Baginda bertitah, barisan yang diamanahkan tanggungjawab memimpin sebuah negara merdeka 62 tahun lalu, menyedari pentingnya memastikan rakyat berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama ini, hidup secara rukun serta harmoni.
“Setelah 62 tahun mencapai kemerdekaan, suara perpaduan yang menyatukan warga, dan suara kesederhanaan yang merangkum warga, jangan sama sekali dibenarkan untuk dirampas oleh mana-mana pihak kerana tujuan politik sempit jangka pendek.
“Masa hadapan rakyat dan negara, tidak harus diserahkan kepada kumpulan yang membawa fahaman ekstremis kaum, ekstremis agama. Anak muda hendaklah memahami dan menghayati pentingnya faktor perpaduan, dan pentingnya setiap kaum menghargai dan menghormati kehadiran masing-masing, dan pentingnya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menggores perasaan, menidakkan hak sesuatu kaum atau melanggar perkara-perkara asas yang telah dipersetujui semasa penggubalan perlembagaan merdeka,” titah baginda ketika menyempurnakan istiadat Konvokesyen ke-48 Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Dalam pada itu, baginda bertitah, para graduan kini akan melalui fasa hidup yang baharu dan perlu memikirkan secara serius sekurang-kurangnya tiga tanggungjawab utama iaitu politik, kepimpinan dan kenegaraan.
Titahnya,berpandukan dinamik yang sedang berlaku ketika ini, golongan belia akan berperanan lebih signifikan mencorak lanskap politik negara.
Sultan Nazrin bertitah, mengambil contoh tanggungjawab politik, memilih kerajaan adalah perkara serius kerana nasib rakyat dan negara bergantung pada mereka yang diberikan kuasa untuk membentuk kerajaan.
Baginda bertitah, anak muda perlu dibimbing untuk memiliki nilai-nilai moral berpaksikan undang-undang, memiliki kematangan menilai antara yang makruf dengan yang mungkar serta arif membezakan antara fakta dengan fitnah. – Astro Awani
4. Erti Kemerdekaan
5. "New" Malaysia: Four key challenges
6. Piagam perpaduan ummah bukan bermatlamat kepentingan politik
7. Berjasa sokong kerjasama UMNO-PAS demi ummah.Perpaduan Melayu penting untuk dapat semula dominasi kuasa politik
8. Pengurusan dan Prospek Ekonomi
https://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/2019/bab1.pdf
http://www.rurallink.gov.my/wp-content/uploads/2016/11/1-DATA-ASAS-MALAYSIA.pdf
9. Laporan Penyiasatan Pendapatan Isirumah dan Kemudahan Asas 2016
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=bm5MMldnTFEzb0k0TEwrdTdWb0ZjUT09
10. Kos Sara Hidup Tinggi di Malaysia
http://www.ukm.my/fep/jem/pdf/2018-52(1)/jeko_52(1)-10.pdf
11. Kisah Musuh Melayu Yang Disembunyikan Sejarah !!!
Anak kecil main api
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes of The World"
https://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/2019/bab1.pdf
http://www.rurallink.gov.my/wp-content/uploads/2016/11/1-DATA-ASAS-MALAYSIA.pdf
9. Laporan Penyiasatan Pendapatan Isirumah dan Kemudahan Asas 2016
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=bm5MMldnTFEzb0k0TEwrdTdWb0ZjUT09
10. Kos Sara Hidup Tinggi di Malaysia
http://www.ukm.my/fep/jem/pdf/2018-52(1)/jeko_52(1)-10.pdf
11. Kisah Musuh Melayu Yang Disembunyikan Sejarah !!!
Lagu Warisan : Anak Kecil Main Api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
ASAL USUL MELAYU : PROF MADYA DR MAT ROFA
"Standing in the Eyes of the World"
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
ASAL USUL MELAYU : PROF MADYA DR MAT ROFA
"Standing in the Eyes of the World"
Pahit getir hidup...
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba
Kini "Standing In The Eyes Of The World"Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes of The World"
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Ya Allah! Dengan limpah rahmat dan kurnia-Mu, kami memohon agar dijadikan peristiwa Sambutan Hari Kemerdekaan negara kami yang ke-62 pada 31 Ogos 2019, dipenuhi keberkatan dan keredhaan-Mu.
Ya Allah! Dengan limpah rahmat dan kurnia-Mu, kami memohon agar dijadikan peristiwa Sambutan Hari Kemerdekaan negara kami yang ke-62 pada 31 Ogos 2019, dipenuhi keberkatan dan keredhaan-Mu.
Ya Allah, Ya Razzaq!
Kami merafak setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat-Mu di atas nikmat kemerdekaan yang Engkau anugerahi kepada kami. Kurniakanlah kami semangat untuk terus mengisi kemerdekaan ini dengan perkara yang Engkau redhai. Lindungilah kami daripada segala kesulitan dan keaiban, serta hindarilah kami daripada segala kemaksiatan.
Ya Allah, Ya Rahman,
Suburkanlah dalam sanubari kami, rasa cinta dan sayang kepada bumi Malaysia, tanah bertuah dan berdaulat serta tempat tumpahnya darah kami. Jadikanlah kami dalam kalangan ummat yang tidak akan lupa kepada akar bangsa; ummat yang mendahulukan agama, kepentingan tanah air dan negara Malaysia yang tercinta, melebihi kepentingan peribadi sendiri. Jadikanlah rasa cinta kepada tanah air ini, sebagai pahala yang akan memberatkan timbangan amal kami di akhirat nanti.
Ya Allah,Ya Jabbar ,
Kami berlindung denganMu daripada kejahatan dan tipu daya musuh. Engkau lemparkanlah rasa gerun di hati musuh terhadap kami, agar terhenti segala usaha mereka untuk menggugat kerukunan hidup di tanah air kami sendiri.
Ya Allah,
Kekalkanlah kedaulatan Malaysia, dan bantulah kami untuk meletakkan negara ini pada kedudukannya yang terbaik dan cemerlang.
Kami bermohon kepadaMu Ya Allah, agar Engkau membimbing kami menjadi rakyat yang mensyukuri nikmat kemerdekaan, menghargai nilai persaudaraan dan memelihara perpaduan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.
Ya Allah! Engkau Yang Maha Melindungi ,
Selamatkanlah dan lindungilah kami daripada segala fitnah perpecahan dan perbalahan, wabak penyakit dan apa jua yang menggugat keselamatan negeri dan negara kami.
Ya Allah !
Dengan inayah-Mu kami pohonkan kerahmatan dan kesejahteraan untuk semua pemimpin dan pejuang kemerdekaan tanahair yang masih hidup, serta cucurilah rahmat dan keampunan ke atas roh mereka yang telah meninggal dunia. Tempatkanlah mereka bersama hamba-hambaMu yang soleh dengan penuh kemuliaan.
Ya Allah!
Ya Allah!
Berkatilah peristiwa yang bersejarah ini, berkatilah segala pendengaran kami, penglihatan, dan jiwa raga kami. Kami memohon keampunan di atas segala kesalahan kami. Sesungguhnya Ya Allah, Engkau Maha Pengampun lagi Maha Adil.
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka!
Salam Perjuangan
&
Salam Kemerdekaan
Ikhlas Dari Saya;
&
Salam Kemerdekaan
Ikhlas Dari Saya;
Sanisah Hanim binti Jiman
0 Comments