AGAMAKU, TANAH AIRKU, BANGSAKU

MALAYSIA TANAH AIRKU, MELAYU BANGSAKU


1. Sesungguhnya ALLAH SWT Tuhan Pencipta sekelian alam, pemilik segala kerajaan,  menciptakan golongan jin dan manusia dengan tujuan yang satu iaitu UBUDIYAH kepadaNya.

2. Sesungguhnya ALLAH SWT Tuhan Pencipta sekelian alam, pemilik segala kerajaan, mengutuskan Para Nabi dan Rasul untuk membimbing manusia, tidak lain tidak bukan untuk mencapai tujuan yang satu itu, iaitu  UBUDIYAH kepadaNya dari zaman Nabi Adam a.s hinggalah ke akhir zaman iaitu zaman penghulu segala Nabi dan Para  Rasul, Junjungan Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

3. Sesungguhnya ALLAH SWT Tuhan Pencipta sekelian alam, pemilik segala kerajaan menurunkan kepada Para Nabi dan Para Rasul berupa suhuf-suhuf, kitab- kitab sebagai panduan kebenaran dalam kehidupan, sehinggalah yang terakhir Kitab Al-Quran yang diwahyukan kepada Junjungan Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

4. Sesungguhnya ALLAH SWT Tuhan Pencipta sekelian alam, pemilik segala kerajaan,  juga mengizinkan IBLIS yang berbangsa jin untuk menghasut manusia hingga ke hari kiamat.

5. Sesungguhnya ALLAH SWT Tuhan Pencipta sekelian alam, pemilik segala kerajaan. ALLAH SWT Yang Maha Esa dari segi Zat, Sifat dan PerbuatanNya. Tiada sesuatupun yang boleh mempersekutukanNya.  Maha Suci ALLAH. Maha Sempuna ALLAH SWT

6. Sesungguhnya perjalanan kehidupan makhluknya tertakluk dengan takdirNya dan ketentuanNya. TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH SWT. Begitulah luasnya perbendaharaan ALLAH SWT.

7. Sesungguhnya ketentuan dari ALLAH SWT yang menjadikan MANUSIA, sebagai pemegang amanah bergelar KHALIFAH  di muka bumi yang fana ini, sewajarnya difahami dan dinilai dari masa ke semasa mengikut petunjuk WAHYU dan UTUSANNYA (Para Nabi & Para Rasul) agar tidak lari dari matlamat asal iaitu UBUDIYAH KEPADANYA.

8. Sesungguhnya ketentuan  dari ALLAH SWT yang mengutuskan INSAN TERPILIH penutup segala Nabi dan Rasul, di AKHIR ZAMAN iaitu NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW sebagai MAKHLUK yang terbaik sebagai MODEL KHALIFAH yang membawa RAHMAT KE SEKELIAN ALAM, beserta WAHYU YANG AGONG KITAB SUCI AL-QURAN sebagai panduan kebenaran buat MANUSIA dan SEKELIAN ALAM  BAGI KEBAIKAN KEHIDUPAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. Sesungghnya AGAMA atau CARA HIDUP YANG DITERIMA DI SISI ALLAH SWT adalah HANYA ISLAM iaitu cara hidup yang berpandukan AL-QURAN dan SUNNAH BAGINDA RASULULLAH SAW.

9. Sesungguhnnya ketentuan dari ALLAH SWT yang menciptakan golongan MANUSIA BIASA yang terdiri dari elemen rohani (roh, aqal, hati, nafsu) dan jasmani, mesti menyedari hakikat bahawa MANUSIA adalah makhluk ciptaan ALLAH SWT  yang diberi KEBIJAKSANAAN oleh ALLAH SWT NAMUN ADA LIMITASI. Malah, ujian yang ditentukan oleh ALLAH SWT iaitu PERTARUNGAN di antara MANUSIA dan IBLIS YANG BERDENDAM UNTUK MENYESATKAN MANUSIA menjadikan perjalanan kehidupan cukup BERMAKNA.

10. Sesungghnya ketentuan dari ALLAH SWT yang memberikan kekuatan kepada manusia untuk menggembelengkan semaksimum potensi diri yang mengandungi  elemen rohani dan jasmani untuk menjadi khalifah mengikut panduan dan acuan dari AL-QURAN dan RASULULLAH SAW dalam melayari kehidupan yang sejahtera dan diRedhaiNya.

11. AKHIRNYA, HANYA MANUSIA yang menyedari hakikat dirinya HAMBA samada beliau seorang Raja, Penguasa Kerajaan. Pemimpin Politik, Hartawan hinggalah bergelar Pemimipin Keluarga ... mempunyai ACUAN ASAS YANG HAKIKI iaitu  LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLLAH,  yang diaplikasikan dalam segenap ruang kehidupannya  YANG AKAN BERJAYA !!! Jadilah HAMBANYA YANG IKHLAS UBUDIYAH KEPADANYA.

 12. HABLUMMINALLAH dan HABLUMMINANNAS adalah DUA (2) AGENDA UTAMA  KHALIFAH di muka bumi ALLAH SWT ini. Seimbang dan harmoni. Itulah INDAHNYA ISLAM.

13. AGAMAKU, TANAH AIRKU DAN BANGSAKU ---TERUSKAN PERJUANGAN  SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI. PERJUANGAN BELUM SELESAI DAN IANYA IBARAT IKATAN MATA RANTAI. ASAS PERJUANGAN YANG DIBAWA OLEH PEMIMPIN AGONG KITA BAGINDA NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW  PERLU DITERUSKAN HINGGA HARI KIAMAT. KEPERLUAN KEBIJAKSANAAN PERJUANAGAN HANYA AKAN DINILAI SEBAGAI AMAL SOLEH HANYA APABILA  IANYA BERLANDASKAN  KEHENDAK ALLAH SWT DAN RASULNYA.

14.  JUSTERU, PENGGEMBELINGAN KESATUAN DI ANTARA ULAMAK, UMARAK, PARTI-PARTI POLITIK, PARA CENDIKIAWAN , PARA USAHAWAN DALAM PELBAGAI INDUSTRI SERTA SELURUH RAKYAT JELATA SERTA SISTEM HIDUP YANG BERPAKSIKAN TAUHID YANG BENAR PERLU KEMBALI MENGIKUT ACUAN PENCIPTA ALAM SEMESTER INI... ALLAH RABBUL JALIL.

15. CABARAN SEMASA DAN TERKINI SAMADA CABARAN DALAM BENTUK "NEW WORLD ORDER" DAN POLITIK NEGARA KINI YANG BEGITU MELEMASKAN, MENUNTUT PENGGEMBELINGAN GAGASAN BARU YANG JITU DEMI MELONJAK KEMBALI TAMADUN UMMAH YANG GEMILANG DAN DIRAHMATI ALLAH SWT.

16. JATUH BANGUN PERJUANGAN ADALAH SUNNAHTULLAH. MANUSIA TIDAK TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN KESILAPAN. APABILA "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA" BERJAYA DIDOKTRINKAN DALAM SEGENAP JIWA PEMIMPIN-PEMIMPIN DUNIA DAN TERUS MENJADI TUNGGANAGAN IBLIS LAKNATULLAH... INILAH NATIJAH YANG SEDANG  DIALAMI DI SELURUH DUNIA KINI.

17.  ABAD KE 21 (TAHUN 2000 - 2100) .... DENGAN SISTEM "NEW WORLD ORDER"  YANG SEDANG BERJALAN KINI, DENGAN IZIN ALLAH SWT JUA, MENUNTUT UMMAH SEJAGAT DAN UMMAH DI MALAYSIA KHUSUSNYA AGAR KITA JANGAN TERUS TERPERANGKAP DAN TERLARUT DI DALAM JERANGKAP SAMAR YANG NGERI DAN DAHSYAT INI. 

18. INGAT... PENJAJAHAN BARU SAMADA DISEDARAI ATAUPUN TIDAK...KITA SEDANG BERADA DAN SEDANG DIPERMAINKAN DI DALAM SISTEM "NEW WORLD ORDER".  INI MELIPUTI DALAM SEGENAP  RUANG LINGKUP KEHIDUPAN SAMADA DARI ASPEK POLITIK (DEMOKRASI, HUMAN'S RIGHT, RULE OF LAW), PENDIDIKAN, EKONOMI , KEWANGAN, TEKNOLOGI (INDSTRUAL REVOLUTION 4.0), SOSIAL, SISTEM KEKELUARGAAN DAN SEBAGAINYA. JANGAN BIARKAN DIRI KITA DIPERKUDAKAN....... 

19.  SESUNGGUHNYA, ALLAH SWT MEMILIKI SEGALA BENTUK KERAJAAN  SELURUH SEMESTA ALAM INI (SAMADA YANG GHAIB MAHUPUN YANG ZAHIR). TAMADUN PERADABAN MANUSIA DAN DUNIA BERMULA DARI ZAMAN NABI ADAM A.S SEHINGGA KE ABAD INI, TELAH MELALUI PELBAGAI RENTETAN SEJARAH. ZAMAN KEGEMILANGAN DAN ZAMAN KEGELAPAN SILIH BERGANTI. SEGALA-GALANYA DALAM TAKDIRNYA. ALLAHU AKBAR!

RENUNGKAN  DAN FIKIRKAN DARI KACAMATA KEBENARAN. REFLEKSI DENGAN BERDASARKAN PERBANDINGAN ACUAN WAHYU ALLAH SWT (KITAB-KITAB YANG DITURUNKAN - INJIL, ZABUR, TAURAT DAN AL-QURAN) DENGAN PERJALANAN SEJARAH INI, AKAN MENYULUH KEINSAFAN DI LUBUK HATI DAN KEFAHAMAN YANG BIJAKSANA (WISDOM). MAKA NATIJAHNYA  LAHIRLAH KEYAKINAN UNTUK HIDUP DALAM KESEJAHTERAAN YANG HAKIKI DI ALAM INI DAN DI AHIRAT SANA. 

20. SESUNGGUHNYA , SURVIVAL DIRI SURVIVAL KELUARGA, SURVIVAL MASYARAKAT, SURVIVAL BANGSA, SURVIVAL TANAH AIR DALAM MEMBINA SEMULA MASYARAKAT MADANI  HANYA AKAN BERJAYA SEKIRANYA KITA KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN YANG TERPIMPIN. KEMBALIKAN SEMULA KEGEMILANGAN DAN KESEJAHTERAAN YANG KIAN SEMAKIN HILANG DENGAN KITA SEMUA KEMBALI KEPADA ALLAH  SWT DAN RASULNYA DENGAN BERASAS PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ) DARI SEGI AQIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK.
https://fitrahislami.wordpress.com/2017/02/22/fahami-aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah/
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/tashih-al-mafahim/2831-tashih-al-mafahim-5-kewajipan-melazimi-ahli-sunnah-wal-jamaah


FIRMAN ALLAH TAALA, MAKSUDNYA:
"Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-Qur'an "
 (Ali-Imran: 103).
"Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..."  

(Al-Hasyr: 7)

"Dan Al-Qur’an ini adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertaqwalah agar kamu diberi rahmat".

 (Al-An’aam : 155)

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu". 

(An-Nisaa’ : 105)
"Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur’an, agar kamu menerangkan kepada ummat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan".
(An-Nahl : 44)
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya". 
(An-Nisa’ : 59)
"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya) mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni’mat oleh Allah, yaitu : Nabi-nabi, para Shiddiqiin. orang-orang yang mati syahid dan orang-orang shaleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya". 
(An-Nisaa’ : 69)

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda, bermaksud :
“Aku telah meninggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduaya, yaitu : Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya”. 
(HR. Malik)
Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata : Bahwasanya Rasulullah SAW pernah berkhutbah kepada orang banyak dikala hajji wada’, beliau bersabda, bermaksud : 
“Sesungguhnya syaithan telah berputus asa bahwa ia akan disembah di tanahmu ini, tetapi ia puas ditha’ati pada selain demikian yaitu dari apa-apa yang kalian anggap remeh dari amal perbuatan kalian. Maka hati-hatilah kalian. Sesungguhnya aku telah meninggalkan untuk kamu sekalian apa-apa yang jika kamu sekalian berpegang teguh kepadanya, niscaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu : Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”.
(HR. Al-Hakim)

### 31 OGOS 1957: 
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! ###

 KEHIDUPAN INI AMAT SINGKAT
KEHIDUPAN  INI AMAT BERMAKNA 
KEHIDUPAN  INI ADALAH AMANAH
KEHIDUPAN SEMENTARA DALAM MENUJU KEHIDUPAN YANG ABADI

ISLAM AGAMAKU
MALAYSIA, TANAH AIRKU
MELAYU, BANGSAKU

ALLAH MATLAMATKU
RASUL IKUTANKU
AL-QURAN PANDUANKU
SYAHID CITA-CITAKU

##  WALLAHU A'LAM ##

Coretan dari hamba yang dhaif: 
Sanisah Hanim binti Jiman

TONTON VIDEO BERIKUT INI 
DENGAN PENUH KEINSAFAN...
VIDEO 1: 
TAN SRI PROF DR SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS
VIDEO 2:
DATUK DR SYED ALI TAWFIK AL-ATTAS
VIDEO 3: 
SYED MUHAMMAD MUHYIDDIN AL-ATTAS

VIDEO 4: 
PROF DR SIDEK BABA

VIDEO 5: 
PROF DR ABDUL MUA'TI @ ZAMBRI AHMAD
VIDEO 6: 
TUAN GURU BABA ISMAIL ISHAK

VIDEO 7:
  PUAN ZAHARAH SULAIMAN
VIDEO 8:
 RAJA DR NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH
VIDEO  9:
RAJA DR NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH
VIDEO 10:
 DATO' DR. AFIFI AL-AKITI

VIDEO 11:
MB TERENGGANU : DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR

VIDEO 12: 
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
VIDEO 13: KETUANAN MELAYU SEBAGAI TERAS PERPADUAN KEBANGSAAN
VIDEO 14: CABARAN GEOPOLITIK KE ATAS INSTITUSI KESULTANAN MELAYU ABAD KE 21

"PERJUANGAN BELUM SELESAI ......"

Surah Al-Hujurat. Ayat 013, bermaksud;
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 

Surah Ar-Ruum, Ayat 22, bermaksud;
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

Peringatan penting buat kita semua...
            PEMIKIRAN USTAZ MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY: 
TENTANG GOLONGAN YANG SELAMAT 

JADILAH  MELAYU YANG TIDAK LUPA....





YA ALLAH, YA RAHMAN. YA RAHIM ...

SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA KHUSUSNYA DAN DI DUNIA  SELURUHNYA,
TUNJUKI DAN PIMPINILAH KAMI KE JALAN KEBENARAN,
 TETAP TEGUHKAN KAMI DI ATAS JALAN KEBENARAN
SATUKANLAH  HATI DAN PEMIKIRAN KAMI DI ATAS KEBENARAN,

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM ...

BANTULAH KAMI UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN YANG DITINGGALKAN OLEH KEKASIH KAMI NABI MUHAMMAD SAW,

AMIN YA ALLAH, AMIN  YA RAHMAN, AMIN  YA RAHIM...







Post a Comment

0 Comments