20 RENUNGAN DAN BIMBINGAN MUKMINAH PROFESIONAL YANG DIREDHAI ALLAH SWT

 



20 RENUNGAN DAN BIMBINGAN 
MUKMINAH PROFESIONAL 
YANG DIREDHAI ALLAH SWT 


1. Ikhlaslah kerana Allah SWT tatkala bersendirian mahupun terang-terangan, hindarilah riya’ dalam perkataan dan perbuatanmu. Matlamat untuk mendapat Redha Allah SWT.

2. Hindarilah syirik dalam aqidah dan ibadah, kerana ia akan menggugurkan setiap amalanmu.

3. Tafaquh fiddin atau semangat memahami agama. Hendaklah engkau mendalami hukum-hakam agamamu dan janganlah engkau memandang segala urusan hanya dengan kekuatan akalmu sahaja.

4. Berbaktilah kepada kedua orang tuamu dengan cara berbuat baik kepada keduanya, janganlah menyakitinya dan usahakanlah agar engkau selalu dapat menyusupkan kegembiraan di dalam hati mereka.

5. Jadilah engkau pesaing dalam kebaikan dan bersegeralah menjauhi keburukan, perbanyakkan istighfar, zikrullah, selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW dan bersedekah.

6. Jadilah orang yang selalu mendirikan solat tepat pada waktunya dan melaksanakan pelbagai solat sunat semampunya. (contoh, Solat sunat rawatib, tahajjud, taubat, hajat, witir, awwabin, dhuha dsbnya).

7. Bacalah selalu Al-Quran dan jadilah ia sebagai sumber rujukan utama bagi dirimu.

8. Jagalah hatimu dan aqalmu dari pelbagai macam syahwat dan subhah.

9. Jadilah wanita yang dapat dipercayai dan memegang amanah.

10. Bersiap-siaplah menghadapi mati, sebelum ia benar-benar mendatangimu, dan mohonlah keampunan, taufiq dan hidayah serta Rahmat dari Allah SWT.

11. Dikurniakan Allah SWT umur yang berkat iaitu umur yang semakin meningkat semakin soleh.

12. Jadilah wanita yang mulia dan jauhilah sifat kikir,kerana Allah SWT mencintai orang-orang yang mulia dan pemurah hati serta membenci orang-orang yang bakhil.

13. Qalbun syakirun iaitu hati yang selalu bersyukur. Bersyukur dikurniakan dengan nikmat Allah SWT yang paling agung iaitu nikmat Iman, Islam dan Ihsan.

14. Dikurniakan pasangan hidup yang soleh – baiti jannati, mawaddah warahmah (Tegakkan rumahtangga muslim). Rumahtangga muslim merupakan risalah tamadun ummah kerana akan terpancarnya cahaya yang menyinari kesinambungan generasi rabbani justeru melahirkan masyarakat madani.

15. Kerjaya yang berjaya serta pengurusan rumah tangga yang harmoni dan diberkati Ilahi.

16. Persekitaran dan pergaulan yang Islamik, soleh dan beradab.

17. Sentiasa mohon taufik dan hidayah Allah SWT agar perjalanan dalam kehidupan terus istiqomah dalam kebenaran sehingga memperolehi husnul khatimah.

18. Fikrah Islamiyyah (ulul albab). Merangkumi tiga jurusan iaitu:
  •  Islam sebagai Ad-Deen (cara hidup) yang selamat sejahtera (kesyumulan, kemurnian & kejatian).
  • ·Mengetahui suasana keadaan dunia Islam dan gerakan/dakwah Islam (dulu, sekarang dan yang akan datang) serta mengenali musuh-musuh Islam dan tindak tanduk mereka.
  • ·Menambahbaik bidang profesional (pendidikan, ekonomi dan muamalah, sains dan teknologi, matematik, politik, sosio budaya, kejuruteraan, penyelidikan dan penemuan ilmu-ilmu baru) ke arah membina Tamadun Ummah yang holistik
19. Akhlak yang mulia serta berpersonaliti diri yang unggul (tawadhuk dan bijaksana)

20. Muslimah pembangun ummah – jihad adalah puncak iman.


Ingatan Kasih
Buat Anakku & Anak Didikku….

Tangan Yang Menadah
Kaki Yang Melangkah
Mencari Duniawi Yang  Barokah
Syurga Firdaus Yang Ditempah
Hidup Dipayungi Redha Allah

Ingatlah anak-anakku…
Sesungguhnya “University of Life”
Menuntut kita:
Memilki personaliti dan matlamat hidup yang jelas dan diredhai Ilahi
Memiliki daya juang dan kompetensi diri yang tinggi
Menjadi ulul albab yang sejati
Memiliki hati budi luhur yang hakiki
Menjadi Modal Insan berpaksikan Rabbani
Mencari dan menjelmakan kebenaran abadi,,,,

Semoga Kemanisan
Islam, Iman dan Ihsan
Terpancar Dalam
Diri, Keluarga, Masyarakat, Negara dan Seluruh Alam Ini


Peringatan buat diriku yang lupa:

Pn. Sanisah Hanim binti Jiman
Pensyarah MARA
Kolej MARA Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
22 November 2013


50 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA
OLEH: USTAZAH ASMA' HARUN











Rujukan Buku-buku:

1. Muslimah Pembangun Ummah
2. Jalan Dakwah
3. Rumahtangga Dakwah
4. Seorang Ibu Bukan Sebarangan Ibu
5. Inspirasi Cinta Terhebat
6. Motivasi Muslimah Cemerlang
7. 50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita














                                                

























Post a Comment

0 Comments