KEMAHIRAN AMALAN BELAJAR
(KAB)
Kemahiran Amalan Belajar perlu dikembangkan di kalangan pelajar untuk pembelajaran masteri.Kemahiran amalan belajar merupakan kemahiran seumur hidup dan kemahiran ini adalah penting untuk pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu yang diajar.
Pelajar perlu menguasai kemahiran amalan belajar seperti berikut:
- Kemahiran dalam proses belajar: Ini melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan mengaplikasi
- Kemahiran menguruskan masa: Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar.
- Kemahiran perpustakaan: Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki.
- Kemahiran meperoleh maklumat: Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mengumpul,membuat analisa, dan menyampaikan maklumat.
- Kemahiran membaca: SQ3R (Skim, Question, Read, Recite, Review): Baca sepintas lalu, menyoal, membaca, menyebut semula, menyemak.
- Kemahiran membuat nota: Dengan pelbagai cara seperti perkataan penting,singkatan, simbol,nemoniks, akronim, lukisan atau lakaran, dan pelbagai bentuk seperti objektif,jadual, carta aliran, gambar rajah Venn, peta konsep atau minda.
- Kemiharan memotivasi: Dengan cara ekstrinsik di mana pelajar dirangsang oleh anda dengan ganjaran atau hukuman dan cara intrinsik di mana pelajar merangsang diri dengan ganjaran atau hukum.
- Kemahiran mengingat: Mengulang nota yang telah disediakan dengan berulang kali, membuat gerakan, kerja amali, eksperimen dan dengan membuat kaitan atau bayangan.
- Kemahiran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif.
SELAMAT MAJU JAYA !!!
0 Comments