AMALAN DAN PETUA ULAMA SILAM DALAM MENUNTUT ILMU

 

AMALAN DAN PETUA ULAMA SILAM DALAM MENUNTUT ILMU

ISTIMEWA UNTUK:

  • PENUNTUT-PENUNTUT ILMU
  • PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH
  • SISWA-SISWI ISLAM

1. ADAB TERHADAP ALLAH SWT
  • Cintakan Allah SWT
  • Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah SWT
  • Takut dan harap kepada Allah SWT
  • Bersyukur apabila diberi nikmat
  • Bersabar apabila ditimpa kesusahan
  • Melihat taufiq dan hidayah daripada Allah SWT apabila dapat melakukan ibadat dan ketaatan
  • Sentiasa berzikir mengungati AllahSWT dan selalu bertaubat memohon keampunan dariNya
  • Tidak berputus asa, sentiasa mengharapkan rahmat daripada Allah SWT
  • Melakukan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya
  • BERIMAN dengan penuh keyakinan setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang tidak diketahui
  • Mendirikan solat 5 waktu serta solat-solat sunat (Dhuha, Tahajjud, Taubat & Hajat) 
2. ADAB TERHADAP RASULULLAH SAW

  • Cintakan Rasulullah SAW
  • BERIMAN dan percaya dengan segala perkara yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah  SAW
  • kasihkan keluarga, sahabat dan sekelian umat Baginda SAW
  • Memperbanyakkan selawat ke atas baginda SAW
  • Sentiasa mengharapkan syafaat Baginda SAW dan bertawassul dengan Baginda SAW
  • Mengadakan majlis memperingati Baginda SAW seperti sambutan Maulidurrasul, peristiwa Isra' danMikraj dan sebagainya
  • Menyebut nama Baginda SAW dengan penuh adab
  • Selalu menziarahi maqam Baginda SAW
  • Selalu memuji Baginda SAW dalam semua keadaan dan berakhlak dengan akhlak-akhlak Baginda Rasululllah SAW  
3. ADAB BERSAMA GURU/PENSYARAH

  • Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara-perkara yang maksiat kepada Allah dan Rasul
  • Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri
  • Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis
  • Memberi salam apabila berjumpa dan sentiasa hormati mereka
  • Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru/pensyarah, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang
  • Lakukan apa yang paling disenangi oleh guru/pensyarah
  • Hindari dari menyinggung perasaan guru.pensyarah
  • Mendoakan keampunan dan kesejahteraan mereka
  • Selalu menziarahi mereka atau menziarahi maqam mereka setelah mereka meninggal
  • Mengambil berkat dengan mereka, doa mereka, tempat mereka mengajar dan orang-orang yang akrav dengan mereka
4. ADAB BERSAMA IBU BAPA

  • Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syara'
  • Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati mereka walaupun mereka tidak menyuruhnya
  • Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab
  • Segera menjawab panggilan mereka
  • Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemamouan)
  • Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka
  • Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah
  • Selalu menziarahi kunur mereka setelah mereka meninggal dunia disamping menghadiahkan kepada mereka bacaan ayay-auat Al-Quran . tahlil dan sebagainya
  • Mendoakan mereka untuk kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat
  • Berbincang apa-apa masalah dengan mereka dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka 
5.  ADAB DALAM PERSAHABATAN

  • Anda dan  rakan yang berakhlak mulia dan taat kepada agama
  • Anda dan  rakan yang tidak mementingkan diri sendiri
  • Anda dan  rakan yang ikhlas dalam segala perkara
  • Anda dan  rakan yang mahu membantu di waktu senang dan susah
  • Anda dan rakan yang rajin dan mahu diajak mengulangkaji pengajian
  • Anda dan rakan yang suka memaafkan kesalahan
  • Anda dan rakan bersifat rendah diri dan tidak sombong
  • Anda dan rakan yang mengingati serta mengajak kepada Allah dan perkara kebaikan 
  • Anda dan rakan yang menghindari perkara maksiat (hubungan bukan muhrim, berdusta, berkata nista, tidak jujur dan sebagainya)
  • Anda dan rakan yang menghindari sifat malas dalam segala hal

6. ADAB BELAJAR

  • Sentiasa beristighfar, memohon keampunan kepada Allah SWT kerana dosa adalah kegelapan, ILMU dan ISTIGHFAR adalah CAHAYA
  • Berwudhu serta  membersihkan diri , persekitaran dan perkataan
  • Perbetulkan niat, belajar untuk menghilangkan kejahilan ,untuk meninggikan syiar-syiar agama Allah SWT dan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Membaca Al-Fatihah , selawat dan doa-doa belajar sebelum memulakan pelajaran. Sebaik-baik waktu untuk mengulangkaji ialah pada waktu 1/3 akhir malam (waktu sahur) , antara Maghrib dan Isyak dan pada waktu pagi
  • Selalu merujuk kepada guru
  • Selalu berbincang atau membuat "study group" bersama rakan-rakan
  • Sentiasa bersifat sukakan ilmu dan rendah diri
  • Menunjuk ajar apabila diminta


Ya ALLAH , Wahai Tuhan kami,
Kami memohon kepadaMu, ilmu yang dapat memberi manfaat kepada kami dan meninggikan 
darjat-darjat kami pada agama, dunia dan akhirat

YA ALLAH , Wahai Tuhan kami,
Kami berlindung dengan Mu dari ilmu yang kami pelajari sejagar untuk bercakap-cakap dengan manusia (menunjuk-nunjuk yang kami mempunyai ilmu)

YA ALLAH, Wahai Tuhan kami,
Jangan jadikan dunia sebesar-besar cita-cita kami dan tujuan dari pengajian kami

YA ALLAH Wahai Tuhan kami,
Kami pinta dariMU kebaikan yang dipinta oleh kekasihMU, Baginda Rasulullah SAW
Kami pinta berlindung denganMu dari segala kejahatan yang diminta berlindung darinya oleh kekasihMu, Baginda Rasulullah SAW

Amin Ya Rabbal Alamin


VIDEO 1: USTAZ AZHAR IDRUS
TAJUK: KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU


                                         VIDEO 2: DR. MUHAMMAD AYMAN AL-AKITI
                                                  TAJUK: ADAB MENUNTUT ILMU




VIDEO 3: DATO' DR. AFIFI AL-AKITI
TAJUK: SEEKING KNOWLEDGE IN ISLAM




Post a Comment

0 Comments